Pembangunan dan persiapan Sukan Malaysia 2016

Jawatankuasa penganjuran Sukan Malaysia Sarawak telah ditubuhkan untuk memantau pementasan temasya sukan.

Tempat

Pihak penganjur Sukan Malaysia 2016 menggunakan campuran tempat baru dan yang sedia ada. Kebanyakan tempat merupakan kemudahan sukan awam yang sedia ada manakala tempat yang lain merupakan tempat yang baru dibina.[2][3][4] Ada kerja pengubahsuaian telah dilakukan di tempat yang berusia lebih daripada satu dekad. Mereka kembali digunakan orang awam selepas temasya sukan. Ada tempat-tempat yang telah digunakan untuk menganjurkan acara beraneka sukan seperti temasya Sukan Malaysia 1990.

Sukan Malaysia ke-18 mempunyai 24 tempat: 17 di Kuching, 3 di Samarahan, 2 masing -masing di Miri dan Sibu.

BahagianTempat PertandinganSukan
KuchingStadium SarawakUpacara pembukaan dan penutupan, Olahraga
Stadium Negeri SarawakBola sepak
Padang DBola sepak
Stadium Perpaduan Petra JayaTaekwondo, Gimnastik (Artistik)
Stadium Majlis Bandaraya Kuching SelatanGimnastik (Berirama), Tinju
Stadium Boling Padang SarawakBoling padang
Stadium Hoki SarawakHoki (Lelaki)
Padang Hoki Sekolah Menengah Kebangsaan PakuHoki (Wanita)
Bukit Siol Kuching, Politeknik Matang, Pusat Pentadbiran PersekutuanLumba basikal
Persatuan Tenis Padang SarawakTenis
Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 3Wushu
Stadium Akuatik SarawakAkuatik
Gelanggang Skuasy SarawakSkuasy
Pusat Boling Emart Megalanes, Batu KawaBoling
Pusat Petanque SarawakPetanque
Pusat Menembak SarawakMenembak
Kelab Golf SarawakGolf
SamarahanUniversiti Malaysia SarawakMemanah, Bola Sepak
Stadium tertutup Kota SamarahanPencak silat
Universiti Teknologi MARAAngkat Berat
MiriStadium Bandar MiriKarate, Sepak takraw
Marina Bay MiriLumba perahu layar
SibuStadium Persatuan Bola Tampar Prudential Sibu[5]Bola tampar
Stadium Tertutup SibuBadminton

Sukarelawan

Pihak penganjur menjangka bahawa kira-kira 4,000 sukarelawan antara 18 dan 60 diperlukan untuk menjayakan penganjuran temasya.[6]